OnePlus Menjadualkan Pelancaran Produk Baharu Pada 17 Disember

Diterbitkan pada Dis 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jenama yang terkenal dengan tagline Never Settle iaitu OnePlus kini dalam perancangan menawarkan produk baharu lagi. Maklumat mengenai produk tersebut masih misteri, tetapi acara pelancaran untuknya telah dijadualkan berlangsung di China pada 17 Disember 2022. Ia juga diadakan bersempena meraikan sambutan ulang tahun OneOplus yang kesembilan yang bertemakan “Born To The New (diterjemahkan)”.

Mengikut spekulasi awal, OnePlus 11 mungkin diumumkan pada acara berkenaan. Namun, perlu ditegaskan maklumat ini masih sekadar speskulasi semata-mata. Ia berikutan terdapat juga khabar angin lain mengatakan peranti dijangka tiba pada suku pertama tahun hadapan dengan pelancaran di China dahulu. Seterusya pelancaran global belangsung kemudian.

Ini adalah perkara dan cara yang sama dilakukan oleh OnePlus untuk telefon mercu generasi yang sebelum ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 17 Disember ini bagi melihat apakah kejutan yang telah disediakan oleh OnePlus buat penggunanya sebelum penutup tahun ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami