Realme V23i 5G Dilancarkan Dengan Skrin 90Hz Dan Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Dis 15, 2022. oleh .

Realme V23i telah dilancarkan di China sebagai sebuah peranti dengan sokongan 5G terbina dengan janaan cip MediaTek Dimensity 700. Ia juga menampilkan skrin sejenis berlubang di tengah sejenis IPS LCD 6.5-inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz.

Sokongan memori pula sebesar 4GB RAM dengan padanan storan dalaman terbina 128GB. Di samping turut memuatkan bateri berkapisiti 5,000mAh, tetapi tiada maklumat mengenai sistem pengecasan yang disokong. Seterusnya tetapan kamera utama pula terdiri dengan 13MP + 2MP dan kamera swafoto 8MP.

Kalau dilihat secara menyeluruh, peranti ini mempunyai banyak persamaan dengan sebuah Realme V20 5G sebelum ini. Perbezaan sekadar terletak pada sokongan kamera utama dan kewujudan dua LED Flash pada model Realme V23i.

Untuk harga, Realme V23i dijual pada RMB1399 (~RM885) dengan dua pilihan warna seperti Mountain Blue/Jade Black.

komen


© Amanz / 2023 Kami