Carian
Pico 4 Akan Membuatkan Anda Ucap Selamat Tinggal Kepada Dunia Realiti
December 25, 2022 Fahim Zahar

Pico adalah jenama untuk produk set kepadal realiti maya di bawah Bytedance, iaitu syarikat di sebalik TikTok. Produk terkini mereka adalah Pico 4 iaitu set kepada realiti maya mudah alih kompak yang cukup berkuasa.

Di Malaysia, Pico adalah jenama yang memfokuskan kepada produk realiti maya. Pico juga adalah jenama pertama di Malaysia menawarkan produk ini secara rasmi secara besar-besaran dengan penawaran daripada pakej berkas, harga diskaun, kedai fizikal serta khidmat bantuan yang baik.

Saya telah menggunakan Pico 4 ini sebagai set kepala realiti maya harian dan tidak lagi menggunakan jenama lain. Malah walaupun permainan kegemaran saya dan sudah habis ratusan ringgit padanya saya tetap sanggup menggunakan Pico 4 kerana ia mudah, pantas, dan boleh lakukan apa yang ingin lakukan.

Dalam artikel ini saya akan kongsi pengalaman tambahan saya dengan Pico 4. Sebelum itu apa mari saya kongsi serba sedikit mengenai set kepala ini.

Pico 4 adalah set kepala VR yang cukup ringan, iaitu tidak sampai 600 gram pun dan saiz keseluruhan juga kompak dan padat. Skrin adalah 2.56-inci x2 dengan resolusi 4320 x 2160 piksel pada kedua-duanya, menyokong paparan kadar segar semula tinggi 90Hz, sudut pandangan luas 105 darjah. Lensa yang digunakan adalah jenis pancake yang boleh laras dalam perisian. Pico 4 dijana dengan cip Snapdragon XR2, memori 8GB RAM dan storan mencapai 256 GB.

Bateri adalah 5300mAh dengan pengecasan 20W, terdapat 6 sensor DoF, sensor 9 paksi, beberapa kamera dan lensa tambahan lain. Dengan kamera dan sensor inilah menjadikan Pico 4 unik kerana menyokong mod tembus untuk lihat dunia sebenar tanpa menanggalkan set kepala. Pertukaran antara pandangan dunia sebenar dan dunia realiti juga adalah pantas dengan hanya dua tap.

Alat kawalan pun nampak kemas, mudah dikendalikan, ada sokongan haptik dan turut melindungi tangan pengguna. Jadi selepas berminggu menggunakannya, ini antara apa yang saya rasakan menarik dan anda semua patut cuba bila sudah membeli Pico 4.


Mod Tembus Warna Yang Terlampau Cool

Perkara pertama saya uji adalah ini! Semasa Pico 4 diumumkan, ia menyertakan ciri mod tembus yang berwarna. Mod ini adalah untuk mengubah pandangan skrin dari dunia maya ke dunia realiti. Saya tidak pernah nampak ciri ini pada mana-mana jenama lain dan bila mencubanya saya teruja seperti seorang kanak-kanak gembira.

Ciri ini adalah untuk menetapkan ruang bermain atau penggunaan Pico 4 agar tidak terlanggar objek, orang atau tangan terhentak pada dinding. Jadi ada mod tembus berwarna, pengguna masih boleh peka akan keadaan sekeliling.

Skrin 4K Yang Cantik Dan Pantas

Skrin yang luas biasanya mahal, lihat sahaja televisyen bersaiz 80-inci harganya mesti belasan ribu. Tetapi dengan Pico 4, aplikasi pemain video yang diberikan adalah seakan pantai dengan khemah atau seakan wayang IMAX peribadi. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai kadar semula pantas untuk pergerakan yang lebih lancar dan tidak memeningkan kepada pengguna.

Tidak lupa, resolusi skrin pada Pico 4 adalah 2160 x 2160 untuk setiap mata atau 4K+ secara keseluruhan. Kepada juga tidak penat dan mudah sakit apabila toleh pada mana-mana sudut kerana binaan Pico 4 yang ringan, seimbang dan padat ini.

Permainan Mantap Dan Menarik

Seperti mana-mana peranti pintar, gedung aplikasi adalah wajib jika ingin memberikan pengguna ekosistem. Pico Store adalah untuk Pico 4 atau mana-mana produk Pico lain. Apabila mengakses Pico Store ia akan terus menyenaraikan permainan popular daripada studio besar. Contoh yang terkini adalah Super Hot VR, sebuah permainan tembak menembak yang sangat saya sukakan. Kawalan pergerakan adalah memegang alat kawalan seakan pistol dan tubuh badan untuk mengelak.

After The Fall juga adalah permainan yang menarik. Ia adalah pengembaraan berlawan zombi dengan grafik sekadar peranti Android. Cukup lancar, pergerakan yang mudah, rekaan dunia yang luas, ngeri dan rasa seram. Ia juga adalah permainan komuniti untuk bermain dengan pengguna Pico lain.

All-in-One Sports VR turut saya kerap main. Boling paling kerap kerana ia mudah dengan ayunan tangan kosong ke udara. Paling mencabar pada saya adalah boxing yang saya perlu tumbuk dan halangan dengan pantas.

Terakhir saya ingin cuba elak daripada permainan video, saya uji MultiBrush iaitu aplikasi melukis dalam dunia 3D. Pengguna boleh pilih berus, tekstur, warna kemudian mulakan lukisan. Lapisan demi lapisan boleh ditambah menjadikan hasil seni 3D, kesan getaran juga diberikan, memadam juga lancar dan yang paling saya suka adalah – setiap lukisan selepas lukis boleh disusun semula untuk membaiki, padam atau tambah.

Pengganti Pejabat Yang Anda Boleh Bawa Ke Mana Sahaja

Dengan set kepada realiti maya juga ia boleh menjadikan monitor peribadi anda. Jika anda bekerja dari rumah dan hanya ada satu laptop, Pico 4 boleh menjadi skrin kedua atau sehingga empat anda untuk tujuan multi-tugasan pada pengalaman penggunaan lebih imersif.

Anda boleh tetapkan mungkin monitor main video YouTube, dalam Pico OS satu tetingkap membaca dan, satu lagi sedang menulis artikel. Dengan hanya sambungan USB-C, ia tidak akan menjadi serabut. Ia membolehkan pengguna membawa Pico 4 ke mana-mana sebagai pejabat mudah alih.

Main Permainan Dalam Dunia Lain Untuk Kekal Sihat

Saya akui, saya bukanlah seorang yang benar-benar sihat dan aktif bersukan. Sudah hampir masuk tahun 2023, saya memulakan azam ingin jaga pemakanan dan bersenam di luar kerana sudah lama saya tidak melakukannya. Tetapi Pico 4 membatalkan azam ini dan membawa saya ziarah ke dunia lain iaitu All-in-One Sports VR dan CalSense iaitu permainan sukan dan pemantauan kesihatan dan kecergasan Pico 4.

Pico menggunakan sistem yang dinamakan CalSesnse, di mana Pico 4 akan menggunakan data-data pergerakan dan perisian mereka untuk menentukan kalori terbakar, masa aktif dan berapa pusingan. Bukan itu sahaja, ia juga membolehkan pengguna mencipta avatar sendiri dan menggunakannya untuk berkomunikasi dengan pengguna Pico lain.

Dengan Pico 4 saya menjadi aktif bersukan, cuma bukan di dunia nyata dan ia adalah di dunia maya. Cuma walaupun dalam dunia maya, saya masih tidak mahir bersukan – tetapi jika aktif masih boleh sihat bukan?

Persediaan Masa Hadapan

VR atau dunia maya bukan perkara baru. Malah sejak zaman saya sekolah lagi sudah tahu akan kewujudannya. Cuma VR tidak boleh begitu berkembang pesat jika hanya fokus kepada satu. Disebabkan itu Pico 4 ini sudah bersedia untuk masa hadapan. Pico 4 turut menggelar diri mereka sebagai peranti set kepala realiti bercampur.

Akan datang, Pico turut akan mengintegrasikan ciri AR iaitu realiti terimbuh pada Pico 4. Dengan mod tembus berwarna sedia ada, sistem AR boleh digunakan pada bila-bila masa cuma dunia realiti akan kelihatan buruk atau tidak jelas kerana sensor dan kamera yang terhad memproses segalanya.

Jadi jika anda sudah beli Pico 4, sekarang VR nanti AR pula.


Jadi adakah anda sudah yakin dan berminat dengan Pico 4? Jika ya, anda boleh kunjungi kedai fizikal mereka Pico di Sunway Pyramid atau kunjungi laman web mereka. Secara alternatif anda turut boleh ke kedai Shopee rasmi iaitu Pico XR. Untuk masa terhad, ia ditawarkan pada harga bermula RM1,599. Sepanjang promosi ini, permainan dan aksesori perlindungan percuma akan diberikan bersama.

Dengan harga RM1,599 anda juga akan mendapat aksesori iaitu kerangka penyimpan bernilai RM99, pelindung lensa bernilai RM19.90 dan pelindung anti-peluh bernilai RM49.90.

Penafian: Advertorial dari PICO Malaysia

Komen