YouGov: TnG eWallet Ialah Cara Pembayaran Nirtunai Paling Popular Di Malaysia Pada Tahun Ini
December 15, 2022
Kewangan
Nazrin
Di Malaysia, kita mempunyai banyak pilihan dari segi cara pembayaran nirtunai, dari MAE, DuitNow, FPX dan sebagainya. Terkini, laporan daripada YouGov telah menyenaraikan kesemua cara-cara pembayaran tersebut yang paling popular.

Menduduki tempat pertama ialah Touch’n’Go eWallet dengan 39.9 mata, diikuti oleh Maybank dengan 38.7 mata dan kemudiannya DuitNow dengan 29.0 mata.
Cara-cara pembayaran nirtunai lain yang disenaraikan melalui platform tersebut termasuklah FPX, PayPal, Visa, GrabPay, MyDebit dan Mastercard.
[sumber]Rnggt[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.