Cari @ Amanz

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim – Nik Nazmi kini mengatakan kerajaan bercadang untuk membawa masuk kereta elektrik dengan harga dibawah RM100,000 ke pasaran Malaysia.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan lebih ramai beralih dan menggunakan kereta atau kenderaan yang dijana berasaskan kuasa elektrik, menggantikan penggunaan petrol pada hari ini.

Pada hari ini, kebanyakkan kereta elektrik yang dipasarkan berharga lebih RM100,000 dan dilihat kurang mesra semua golongan pengguna.

Disamping itu, menteri turut mengatkana sekiranya kita memasang kenderaan dalam Malaysia, ia turut akan membantu dalam mengurangkan harga jualan.

Beberapa jenama telah sedia memasarkan kereta elektrik di Malaysia, dan Proton sendiri dijangka membawa masuk model #Smart dan memasarkannya di Malaysia. Kereta elektrik keluaran Proton dan Perodua sendiri dijangka akan mengambil masa beberapa tahun lagi sebelum dipasarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd