Cari @ Amanz

AmBank kini bekerjasama dengan pihak DBKL dalam memperkenalkan sebuah mesin layan diri untuk program kitar semula, dan pada masa yang sama memberikan ganjaran wang kepada pengguna.

Dengan langkah ini, ia dijangka akan mengalakkan lagi orang ramai dalam mengitar semula barangan terpakai, serta pada masa yang sama mengurangkan sampah yang perlu dilupuskan.

Buat masa ini, mesin layan diri ini telretak di Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut – dan lebih banyak mesin baharu dirancang untuk ditawarkan di sejumlah lokasi.

Melalui mesin ini, orang ramai boleh memasukkan barangan yang ingin dikitar semula, dan mesin tersebut akan memproses dan memberikan ganjaran wang kepada pengguna – dan menggunakan DuitNow QR untuk proses pembayaran kepada pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd