Carian
Pelanggan YouTube Premium Boleh Menggunakan Ciri Add To Queue Pada Aplikasi Android Dan iOS
December 16, 2022 Effi Saharudin

Ciri paling menarik apabila menyiarkan kandungan YouTube dari telefon pintar ke TV ialah menggunakan Add To Queue. Pengguna boleh menyusun video yang ingin ditonton pada telefon sebelum ini dimainkan pula pada TV. Sejak semalam ciri Add To Queue akhirnya boleh digunakan pada aplikasi Android dan iOS.

Semasa menonton video, pengguna boleh mencari video lain dan kemudian memasukkannya ke dalam senarai main sama seperti pada TV. Pada waktu in ciri ini hanya diberikan kepada pelanggan YouTube Premium. Mereka juga perlu memilih untuk mencuba ciri Beta menerusi tetapan “Try new features” dalam aplikasi YouTube di peranti.

Ciri ini amat berguna sekiranya anda sedang memandu dan ingin menonton 5 filem berbeza. Susun sahaja dan kelima-limanya akan dimainkan berturut-turut tanpa perlu menyentuh skrin. Lakukan sekarang kerana ia akan diaktifkan sehingga 26 Januari sahaja.

Komen