Cari @ Amanz

Tomb Raider ialah siri permainan video yang cukup ikonik dengan Lara Croft pula adalah antara 10 watak yang dikenali ramai walaupun mereka yang tidak meminati genre ini. Hak milik Tomb Raider berpindah tangan beberapa kali dengan permainan terakhir diterbitkan oleh Square Enix. Pagi ini Amazon Games mengumumkan permainan Tomb Raider yang seterusnya akan diterbitkan oleh mereka.

Permainan masih akan dibangunkan oleh Crystal Dynamics dengan ia akan ditawarkan kepada semua platform. Tiada kerisauan ianya eksklusif kepada platform penstriman permainan video Amazon Luna sahaja. Amazon Games menjanjikan permainan Tomb Raider baharu yang masih belum mempunyai tajuk dan tarikh pelancaran ini akan menjadi yang terbesar pernah dihasilkan setakat ini. Yang disahkan hanyalah ia akan menggunakan Unreal Engine 5 yang mampu menawarkan kualiti grafik yang nampak realistik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd