Realme 10s Kini Rasmi Dengan Dimensity 810 Dan Kamera 50MP

Diterbitkan pada Dis 16, 2022. oleh .

Siri Realme 10 dikemaskini dengan sebuah lagi peranti pintar baharu. Dikenali sebagai Realme 10s, ia merupakan sebuah peranti kelas pertengahan dengan keupayaan 5G terbina. Selain daripada itu, kamera utama 50MP turut menjadi tumpuan utama pada peranti.

Untuk spesifikasi khusus, Realme 10s menggunakan skrin IPS LCD dengan resolusi FHD+ sebesar 6.6-inci. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 810 bersama memori 8GB RAM dan storan dalama mencapai 256GB. Bateru pula sebesar 5,000mAh yang menyokong pengecasan 33W.

Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 50MP (utama) + 2MP (potrait), manakala kamera swafoto pula 8MP. Lain-lain spesifikasi termausklah menjalankan Realme UI 3.0, sokongan bicu audio 3.5mm dan sambungan port USB-C.

Untuk harga, telefon pintar ini dijual bermula RMB1099 (~RM697) (8GB/128GB) dan RMB1299 (~RM824) (8GB/256GB). Tiada maklumat mengenai ketersediaanya untuk pasaran Malaysia yang diketahui.

komen


© Amanz / 2023 Kami