Carian
Opera Memperkenalkan “Lucid Mode” – Menjadikan Kualiti Video Lebih Jelas
December 17, 2022 Aman

Pembangun pelayar web Opera sering hadir dengan sejumlah ciri-ciri baharu yang membantu para pengguna. Terbaru, melalui pelayar web desktop Opera, mereka memperkenalkan sebuah ciri baharu dinamakan Lucid Mode.

Melaluinya, ia membantu pengguna dalam menjelaskan lagi kualiti gambar dan video – sekaligus membolehkan pengguna menikmati dan menonton kandungan pada kualiti lebih baik.

Opera menjayakan perkara ini dengan menggunakan sokongan penuras khas berasaskan penggunaan CSS pada video dan juga gambar, yang mana turut disokong melalui ciri perkakasan GPU pada komputer pengguna.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu mengemaskini pelayar web Opera, dan seterusnya apabila memainkan video, sebuah butang akan dipaparkan dengan label “Lucid Mode”. Anda hanya perlu mengaktifkan atau mematikannya untuk melihat perbezaan kualiti.

Komen