Carian
Sistem Pembayaran RFID Dan TNG eWallet Menghadapi Masalah Di Plaza Tol DUKE
December 17, 2022 Aman

Penyedia perkhidmatan lebuhraya DUKE & SPE, kini memaklumkan yang mana para pengguna yang menggunakan sistem pembayaran berasaskan TNG eWallet dan juga RFID menghadapi masalah dan tergendala untuk sementara waktu.

Sebagai alternatif, sistem pembayaran hanya menyokong penggunaan kad TNG biasa sahaja buat masa ini.

Seperti biasa, orang ramai dinasihatkan mempunyai baki yang mencukupi untuk tujuan perjalanan.

RFID

Masalah sistem tergendala ini akan memberikan kesan yang besar kepada pengguna yang menggunakan sistem RFID, memandangkan tiada sistem pengganti ketika ia menghadapi masalah. Ini juga akan membuatkan pengguna terpaksa berhati-hati dalam memilih untuk berpindah sepenuhnya ke sistem RFID yang baharu ini.

Komen