HTC Akan Melancarkan Set Kepala AR Di CES 2023

Diterbitkan pada Dis 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sudah lama tidak mendengar khabar mengenai HTC. Selepas memberikan tumpuan kepada perniagaan set kepala VR Vive mereka, telefon pintar HTC tidak lagi ditawarkan secara rasmi di Malaysia dengan tumpuan jualan hanya di pasaran Asia Timur. Menurut The Verge, HTC akan kembali ke pasaran global dengan melancarkan set kepala realiti terimbuh (AR) mereka di CES 2023 Januari ini.

Set kepala kendiri ini akan memberikan persaingan kepada Meta Quest Pro. Antara ciri yang disahkan boleh dilakukannya ialah melakukan mod tembus AR berwarna seperti Quest Pro. Kerana ia kendiri tiada perkakasan lain diperlukan untuk di berfungsi. Satu kelebihan set kepala ini kelak ialah ia akan dilengkapi sensor pengesan kedalaman bagi memberikan penjejakan di dunia maya lebih jitu.

Di Malaysia hanya Pico menawarkan set kepala AR secara rasmi. Meta masih belum sedia menjualnya walaupun Meta Quest adalah antara peranti yang boleh dicuba di ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur. Dengan Samsung dan Apple turut akan memasuki arena AR dalam masa terdekat, adakah HTC boleh terus kompetitif atau karam dipukul badai seperti perniagaan telefon pintar mereka?

komen


© Amanz / 2023 Kami