Twitter Tidak Lagi Memaparkan Label Dari Peranti Mana Ciapan Dihantar

Diterbitkan pada Dis 18, 2022. oleh .

Satu lagu perubahan besar berlaku di Twitter semalam di mana ia tidak lagi memaparkan dari peranti mana sesebuah ciapan dihantar. Sejak dari awal lagi Twitter menunjukkan sama ciapan di antara menggunakan web, Android, iOS, Tweetdeck dan pelbagai aplikasi lain.

Elon Musk sejak dari awal mengambil alih Twitter mengemukakan hasrat untuk menghentikan paparan label ini. Ia telahpun menyebabkan beberapa kesipuan apabila duta produk Android dilihat menghantar ciapan dari sebuah iPhone. Akaun rasmi jenama pesaing juga beberapa kali menghantar ciapan menggunakan iPhone menyebabkan ia perlu dipadam dengan segera.

komen


© Amanz / 2023 Kami