Cari @ Amanz

Google kini mengumumkan penambahan sokongan penyulitan penuh pada perkhidmatan GMail di web, sekaligus memberikan lebih ketenangan kepada pengguna berkaitan dengan privasi.

Buat masa ini, sokongan penyulitan penuh ini hanya disokong melalui web sahaja. Dengan langkah ini, semua penghantaran emel ini hanya boleh dibaca oleh penghantar dan penerima sahaja – serta tidak boleh dibaca oleh pihak luar, termasuk Google sendiri.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, ciri ini ditawarkan secara terhad kepada sejumlah pelanggan GMail sahaja, iaitu untuk Google Workspace Enterprise Plus, Education Plus, dan Education Standard.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd