Nothing baru sahaja mempunyai beberapa produk dibawah mereka, tetapi kini hadir laporan awal yang mengatakan Nothing bakal melancarkan subjenama tersendiri, dinamakan Particles by XO.
Ia agak mengejutkan kerana ia terlalu awal untuk memperkenalkan sebuah subjenama baharu dibawah mereka – berbeza dengan pelbagai pengeluar lain yang memilih hadir dengan subjenama baharu selepas mempunyai banyak portfolio produk dibawah mereka, dan memfokuskan subjenama baharu untuk kategori pengguna baharu.
Produk pertama dibawah Particles by XO ini adalah dijangka sebuah fon telinga nirwayar, dan mungkin menyertakan sokongan pembatalan hinggar aktif. Untuk makluman, Nothing sendiri sedia memasarkan sekitar dua produk fon telinga nirwayar dibawah mereka buat masa ini, dan dilihat masih menyasarkan pasaran ini melalui subjenama baharu mereka.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah subjenama ini akan diperkenalkan – dan sama ada ia untuk pasaran global, atau untuk beberapa buah negara sahaja.