Cari @ Amanz

OnePlus kini dalam persiapan untuk memperkenalkan telefon mercu terbaharu mereka, dibawah siri OnePlus 11. Bersempena dengan ulang-tahun OnePlus yang diraikan di China, kini OnePlus turut mempertontonkan secara rasminya video acah untuk telefon pintar akan datang mereka dibawah siri OnePlus 11.

Melalui video yang diterbitkan pada Weibo, ia memperlihatkan secara kasar untuk rekaan OnePlus 11, termasuk bahagian kamera yang diposisikan pada rekaan bulat dibelakang, serta menyertakan penjenamaan Hasselblad.

Tiada sebarang rekaan hadapan diperlihatkan buat masa ini. OnePlus juga tidak memberikan tarikh pelancaran untuk telefon pintar OnePlus 11 ini.

Dengan kehadiran video acah ini, mungkin kita akan melihat pelancaran rasminya tidak lama lagi di China, dan diikuti untuk pasaran global.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd