Twitter Mengharamkan Perkongsian Pautan Laman Media Sosial Lain Seperti Instagram Dan Facebook (Dikemaskini)

Diterbitkan pada Dis 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kemas kini – Laman TOS baharu yang diumumkan awal pagi tadi telah dipadam sejurus selepas laporan diterbitkan. Elon juga berkata promosi kepada akaun peribadi dibenarkan asalkan ia akaun bukan digunakan hanya untuk mempromosikan laman pesaing sahaja.

Twitter sekali lagi mengubah terma perkhidmatan (TOS) laman mereka semalam kali ini berkenaan perkongsian pautan ke laman media sosial pesaing. Pengguna tidak lagi dibenarkan memuat naik pautan ke laman media sosial pesaing Facebook, Instagram, Mastodon, Truth Social, Tribel, Post dan Nostr. Pautan ke laman agregat media sosial seperti linktr.ee, dan lnk.bio turut tidak dibenarkan.

https://twitter.com/TwitterSupport/status/1604531265419591681

Akaun yang menghantar ciapan pautan ke akaun media sosial lain dalam bentuk URL atau nama akaun seperti “Sila ikuti akaun Instagram @Amanz” akan pada awalnya akan diminta memadam ciapan. Akaun juga boleh dikunci jika pautan diletakkan pada bio peribadi. Sekiranya kesalahan berulang beberapa kali, akaun akan di gantung selama-lamanya.

Perubahan TOS terkini ini tidak masuk akal kerana sudah menjadi kelaziman pengguna Twitter turut mempunyai laman media sosial lain. Kini pautan ke gambar yang dikongsi ke Instagram atau nota panjang di Faceook akan menyebabkan akaun digantung.

Sebagai insan yang mementingkan kebebasan bersuara, Elon Musk kini menghalang kebebasan berkongsi URL ke laman media sosial pesaing. Lebih menarik ialah TOS terkini akan menyebabkan akaun rasmi Facebook and Instagram di Twitter serta merta akan digantung kerana kedua-duanya mempunyai pautan ke laman mereka di bio.

komen


© Amanz / 2023 Kami