Carian
Set Dami Samsung Galaxy S23 Ultra, S23+ Dan S23 Tertiris Dengan Rekaan Belakang Baharu
December 19, 2022 Effi Saharudin

Gambar set dami Samsung Galaxy S23 Ultra, Galaxy S23+ dan Galaxy S22 telah tertiris ke arena web. Set dami ini lazimnya digunakan untuk dipamerkan di kedai bagi mengelakkan peranti sebenar dicuri dan juga untuk menguji keserasian kerangka telefon. Perkara pertama yang disedari ialah ketiga-tiga model tidak lagi mempunyai bonggol kamera yang besar.

Sebaliknya tiga lensa utama pada model Galaxy S23+ dan Galaxy S23 lebih menyerupai rekaan lensa S22 Ultra tahun ini. Pada Galaxy S23 Ultra, rekaan kuad-kamera yang sama seperti tahun lalu dikekalkan dan terdapat tempat simpanan untuk S Pen terbina. Tubuh masih lagi dibulatkan pada sisi jika ingin dibandingkan dengan Z Flip4 dan Z Fold4 yang tampak lebih rata.

Rekaan baharu in akan menyeragamkan ketiga-tiga peranti tetapi pada hemat kami penggunaan bonggol adalah lebih baik untuk memberikan perlindungan kepada lensa kamera. Pada sisi kanan peranti diletakkan pula butang kuasa, laras audio dan tingkap untuk antena 5G mmWave.

Lazimnya apabila dami tertiris, ia disahkan adalah rekaan akhir. Adakah rekaan baharu ini cantik ataupun tidak bergantung kepada pengguna. Yang pasti pesaing mereka seperti Xiaomi, OnePlus dan Oppo menawarkan peranti dengan rekaan belakang lebih cantik sejak akhir-akhir ini.

Komen