Carian
Apple Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Beberapa Monitor Baharu – Dilengkapi Cip Apple Silicon
December 19, 2022 Aman

Untuk tahun 2023 kelak, Apple dilihat mempunyai sejumlah produk yang sedia dirancang. Mengikut Bloomberg, Apple dalam persiapan untuk memperkenalkan sejumlah skrin paparan tambahan ataupun monitor menjelang 2023 kealk.

Monitor ini dijangka akan ditawarkan sebagai skrin kedua untuk pengguna Mac dan juga iPad. Monitor ini juga dijangka dilengkapi dengan cip Apple Silicon, dalam menawarkan prestasi dan paparan yang baik melaluinya.

Disamping monitor baharu, Apple juga sedang dalam proses pembangunan panel paparan Pro Display XDR yang baharu.

Apple mungkin memperkenalkan panel paparan mereka ini selepas pengenalan MacBook Pro baharu kelak.

Komen