Pelancaran Honor 80 GT 5G Dijadualkan Berlangsung Pada 26 Disember

Diterbitkan pada Dis 19, 2022. oleh .

Siri Honor 80 telah dilancarkan sebelum ini dengan beberapa variasi berbeza. Ini termasuklah Honor 80, Honor 80 Pro dan Honor 80 SE. Kesemuanya hadir dengan penawaran dan fokus yang berbeza bagi menjadikannya menarik dengan target pengguna masing-masing.

Gambar sekadar rujukan – Honor 80 Pro

Terkini siri berkenaan nampaknya bakal dikemaskini dengan sebuah lagi model baharu. Melaluinya, Honor 80 GT 5G bakal diumumkan yang semestinya memfokuskan terhadap permainan mudah alih. Hal ini boleh dilihat dengan jelas pada penggunaan nama GT, di mana hal yang sama dilakukan oleh Honor pada model X40 GT yang diumumkan sebagai sebuah telefon pintar permua.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi peranti didedahkan setakat ini. Tetapi ia kelak akan dilengkapi sistem tri-kamera di belakang dengan susunan menegak. Selain daripada itu, elemen berkilat turut digunakan pada panel belakang peranti dengan kemasan bertekstur.

Turut disertakan, port sambungan USB-C, pembesar suara dan slot SIM yang diletakkan pada sisi bawah. Kesemua ini didedahkan oleh Honor menerusi video promosi pendek yang dimuatnaik menerusi laman Weibo rasmi, sebentar tadi.

Tarikh pelancaran peranti telah dijadualkan berlangsung pada 26 Disember ini. Seperti biasa, maklumat lanjut bakal diketahui dari masa ke semasa.

komen


© Amanz / 2023 Kami