Satelit SWOT Dilancarkan Bagi Memetakan Keseluruhan Permukaan Air Dunia

Diterbitkan pada Dis 19, 2022. oleh .

Impak jangka pendek perubahan iklim ialah sumber air dunia akan terjejas. Dapat dilihat di Amerika Syarikat dan China sungai yang dahulunya dipenuhi air kini kontang. Empangan air berada di tahap terendah dalam masa berdekad. Di Eropah pula amaran dari kurun ke-15 mengenai bahawa apabila paras air turun muncul semula kerana ia diukir pada batu-batu sungai. Impak perubahan iklim kepada sumber air manusia kini boleh dipantau dengan lebih tepat selepas satelit Surface Water and Ocean Topography (SWOT) sebesar sebuah kenderaan SUV dilancarkan pada Jumaat lalu.

Satelit in akan menjalankan misi memetakan kesemua permukaan air di muka bumi dengan tepat buat pertama kalinya dengan tepat. Sehingga 90% tahap ketinggian air di permukaan bumi dijangka boleh dipetakan oleh SWOT sepanjang misinya.

SWOT dibangunkan oleh NASA dan Centre National d’Études Spatiales (CNES) dari Perancis. Dengan data yang terperinci saintis boleh melihat dari mana datangnya sumber air dunia dan juga ke mana ia pergi di masa hadapan akibat perubahan iklim. Peta sungai, tasik, laut, glacier dan banyak lagi sumber air pada resolusi lebih tinggi turut akan diambil supaya boleh dijadikan data kajian oleh saintis masa hadapan

komen


© Amanz / 2023 Kami