Carian
Google Perlihat Kemampuan Untuk Terjemah Tulisan Dan Preskripsi Doktor
December 19, 2022 Aman

Salah satu masalah yang sering dihadapi manusia adalah dalam memahami apa yang ditulis oleh doktor, mahupun preskripsi yang diberikan. Sering kali juga, tulisan doktor sering diperli sebagai antara tulisan yang sukar dibaca.

Mengambil cabaran tersebut, kini Google telah mulakan kajian dalam membolehkan mereka dekod apa yang ditulis oleh seseorang doktor pada kertas preskripsi.


Google memperlihatkan teknologi yang sedang dibangunkan dan diintegrasikan pada Google Lens itu melalui sebuah acara khas di Google India hari ini. Untuk makluman, di India menjadi kebiasaan untuk orang ramai mendapatkan preskripsi daripada doktor, dan seterusnya mendapatkan ubatan di farmasi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah Google akan memperkenalkan ciri ini secara meluas kepada semua pengguna. Mungkin lebih kajian perlu dilakukan sebelum ia diperkenalkan secara rasminya kepada semua pengguna seluruh dunia.

Komen