Cari @ Amanz

Bancian Memperlihatkan Elon Musk Perlu Berhenti Dari Terus Mengetuai Twitter

Oleh Aman

Link Copied!

Elon Musk pada awal hari ini telah memulakan sebuah bancian pada platform sosial Twitter, bertanyakan sama ada beliau perlu berhenti daripada mengetuai Twitter atau sebaliknya.

Daripada respon yang diperolehi, hampir 58% pengguna mengundi mengatakan Ya, dan Elon Musk perlu berhenti daripada terus mengetuai Twitter.

Bancian ini dilakukan oleh Elon Musk selepas melakukan pelbagai perubahan yang membuatkan pengguna kurang gemar dan tidak lagi selesa menggunakan platform sosial tersebut. Ini ditambah dengan beberapa polisi yang diubah mengikut suka hati tanpa mengambil kira pengguna platform tersebut.

Ia tidak diketahui sama ada Elon Musk akan mengikut keputusan bancian tersebut dan berhenti menjadi ketua Twitter atau sebaliknya.

Sama-sama kita nantikan apakah langkah seterusnya Elon Musk lanjutan daripada keputusan bancian ini.


Komen ()