Cari @ Amanz

Samsung menjual TV pintar yang berubah menjadi bingkai gambar apabila tidak digunakan. Semalam LG ARTCOOL Gallery pula diperlihatkan dengan ia adalah pendingin hawa yang direka untuk kelihatan seperti bingkai gambar digital di dinding.

The Artcool Gallery AC mempunyai sebuah skrin LCD 27″ berbentuk empat segi di hadapan. Pengguna boleh memaparkan imej kegemaran pada skrin ini menurut keperluan ruang ARTCOOL Gallery diletakkan menerusi aplikasi ThinQ Tiga saluran udara akan menyejukkan ruang secara sekata. Apabila beroperasi, pendingin hawa hanya mengeluarkan bunyi sekitar 20dB.

Harga dan tarikh pelancaran LG ARTCOOL Gallery masih belum diumumkan tetapi produk inovatif ini akan dipamerkan kepada umum di acara CES 2023 yang berlangsung di Las Vegas Januari hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd