Twitter Blue For Business Diumumkan Untuk Pengesahan Identiti Perniagaan Dan Kakitangan

Diterbitkan pada Dis 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter akan membuang calitan biru yang mengesahkan identiti pada akaun jenama, perniagaan dan individu tertentu yang tidak melanggan kepada Twitter Blue dalam masa terdekat. Kepada pemegang calitan legasi, Twitter Blue for Business telah diumumkan hari ini khusus untuk perniagaan dan kakitangan yang ingin disahkan identiti mereka.

Pelanggan Twitter Blue for Business akan mempunyai logo calitan berwarna emas dengan logo Twitter berbentuk empat segi pada sisi kanan nama. Sementara itu kakitangan syarikat pula akan disahkan identiti dengan calitan biru dan logo Twitter empat segi juga pada sisi kanan nama.

Twitter Blue for Business ialah cara Twitter menjana pendapatan dari jenama yang semalam ini diberikan pengesahan secara percuma. Twitter Blue for Business kini dalam fasa ujian pada beberapa jenama terpilih. Pelancaran penuh akan dilakukan tahun hadapan tetapi maklumat mengenai harga langganan bulanan belum diumumkan.

komen


© Amanz / 2023 Kami