Instagram Melancarkan Reels Recap 2022

Diterbitkan pada Dis 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun 2022 sudah sampai ke penghujung dengan hanya beberapa hari sahaja lagi kita akan melangkah ke 2023. Kepada pengguna Instagram, ciri Reels Recap 2022 kini boleh digunakan untuk menghasilkan rangkuman pengalaman terbaik sepanjang tahun.

Pengguna hanya perlu memilih templat Reels Recap 2022 dan kemudiannya memilih sehingga 14 gambar atau Reels yang telah dihasilkan sepanjang tahun. Tidak seperti ciri rangkuman platform lain, Instagram memberikan kebebasan kepada pengguna memilih klip yang ingin dikongsi.

Sebuah video pendek rangkuman yang digabungkan kemudiannya akan dihasilkan sebelum boleh dikongsi menerusi Reels. Pada waktu ini pengguna boleh memilih untuk Reels Recap menggunakan narasi audio oleh selebriti DJ Khaled, Bad Bunny, Badshah dan Priah Ferguson.

Walaupun sudah dikongsi menerusi laman media sosial rasmi Instagram dan ciri ini sudah boleh diakses pengguna di Amerika Syarikat, Reels Recap 2022 masih belum muncul pada aplikasi Instagram kami. Mungkin ciri ini akan diaktifkan secara berperingkat.

komen


© Amanz / 2023 Kami