147 Bilion Ciapan Dihantar Di Twitter Sepanjang Piala Dunia Dengan Brazil Di Tangga Pertama

Diterbitkan pada Dis 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Piala Dunia 2022 di Qatar berakhir awal pagi Isnin yang lalu dengan perlawanan antara Argentina dan Perancis dinobatkan sebagai antara yang terbaik pernah dilihat. Messi akhirnya menjulang Piala Dunia dan Mbappe menjadi pemain pertama menjaringkan tiga-gol di perlawanan akhir sejak 1966. Dengan temasya telahpun melabuhkan tirai, Twitter berkongsi data mengenai aktiviti pengguna sepanjang Piala Dunia 2022.

Sebanyak 147 bilion ciapan dihantar dengan ia melepasi jumlah yang dihantar semasa Piala Dunia 2018. Piala Dunia 2022 secara rasmi menjadi acara sukan dengan sambutan tertinggi di Twitter dengan ia mencatatkan lebih dua kali ganda jumlah ciapan sepanjang Sukan Olimpik Tokyo 2020

Negara yang menghantar jumlah ciapan tertinggi ialah Brazil sementara pasukan yang kerap dibicarakan pula ialah Argentina. Pemain paling banyak dibicarakan pula ialah Lionel Messi. Di bawah senarai yang menarik yang dikongsi oleh Twitter mengena Piala Dunia 2022.

Pemain Paling Banyak Dibicarakan.

  1. Lionel Messi
  2. Kylian Mbappe
  3. Neymar Jr
  4. Cristiano Ronaldo
  5. Son Heung Min

Momen Paling Banyak Dibicarakan.

  1. Argentina vs Perancis – Akhir – Kemenangan Argentina menerusi penalti.
  2. Argentina vs Perancis – Akhir – Mbappe menyamakan kedudukan.
  3. Croatia vs Brazil, – Suku Akhir – Brazil tewas dalam tendangan penalti.
  4. Argentina vs Perancis – Akhir – Di Maria menjaringkan gol 2-0.
  5. Croatia vs Brazil, Suku Akhir – Neymar menjaringkan gol minit 106.

Negara Yang Paling Kerap Disebut

  1. Argentina (@Argentina)
  2. Brazil (@CBF_Futebol)
  3. France (@equipedefrance)
  4. Portugal (@selecaoportugal)
  5. Croatia (HNS_CFF)

Negara Menghantar Ciapan Paling Banyak

  1. Brazil πŸ‡§πŸ‡·
  2. Jepun πŸ‡―πŸ‡΅
  3. Argentina πŸ‡¦πŸ‡·
  4. Amerika Syarikat πŸ‡ΊπŸ‡²
  5. Perancis πŸ‡«πŸ‡·

komen


© Amanz / 2023 Kami