Rekaan Honor 80 GT Dan Tablet V8 Pro Diperlihatkan Menerusi Poster Rasmi

Diterbitkan pada Dis 20, 2022. oleh .

Sebuah acara pelancaran untuk beberapa produk baharu Honor telah dijadualkan berlangsung pada 26 Disember ini. Melaluinya, Honor 80 GT bakal diumumkan dengan perkakasan dalaman memfokuskan terhadap permainan seperti Honor X40 GT sebelum ini. Di samping, sebuah tablet baharu dikenali sebagai Honor V8 Pro.

Menjelang pelancaran rasmi, rekaan kedua-dua peranti telah didedahkan secara menyeluruh menerusi poster pelancaran rasmi. Ia menunjukkan Honor X80 GT adalah sebuah telefon pintar dengan panel hadapan sejenis rata bersama tubuh di belakang yang melengkung. Turut disertakan adalah bonggol kamera besar yang dibahagikan kepada dua bahagian.

Ia memuatkan sistem tri-kamera dengan kedudukan, dua sensor diletakkan di bahagian atas. Sementara itu, satu lagi sensor berada di bahagian bawah bersama sokongan LED Flash. Penjenamaan Honor turut boleh dilihat pada bahagian bawah dengan tubuh bewarna biru. Kita boleh menjangkakan lebih banyak pilihan warna yang disedikan selepas pelancaran rasmi kelak.

Seterusnya Honor V8 Pro dilihat masih mengekalkan elemen yang digunakan pada generasi sebelum ini. Di mana, ia menampilkan tubuh dengan bingkai tepi rata bersama penjenamaan Honor di bahagian tengah pada panel belakang tablet. Turut kelihatan, terdapatnya modul kamera agak tebal yang memuatkan satu sensor utama bersama LED Flash. Tidak ketinggalan, sokongan stylus turut disertakan pada tablet.

Untuk spesifikasi, Honor X80 GT disahkan hadir dengan Snapdragraon 8+ Gen 1, di samping cip paparan khusus bagi membolehkan sokongan kadar segar smeula yang lancar. Sementara itu, maklumat lanjut mengenai perkakasan dalaman tablet tidak pula diketahui. Tetapi kita mungkin mendengarnya dengan lebih lanjut dalam masa terdekat ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami