Kamera Google Pixel 8 Dikatakan Akan Menggunakan Sistem HDR Baharu

Diterbitkan pada Dis 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Pixel adalah antara peranti terbaik untuk mengambil gambar HDR. Tidak kira peranti mercu atau peranti kelas pertengahan, teknologi yang Google bawakan pada aplikasi Google Camera adalah cukup dahsyat.

Kini, pembangun bebas Kuba Wojciechowski menemui bukti yang Google Pixel 8 nanti akan menawarkan sistem HDR baharu. Ia dikatakan adalah staggered HDR atau HDR berperingkat. Dengan mengintegrasikan ciri ini dalam Pixel 8, hasil gambar HDR akan menjadi lebih berkualiti. Ciri ini membolehkan imej HDR berbeza pendedahan cahaya diambil secara serentak untuk menjimatkan masa pasca-proses.

Kuba menemui bukti pada kod aplikasi Google Camer Go yang menyenaraikan peranti mercu Pixel 2023 akan menggunakan ciri ini. Peranti dengan kod nama Husky dan Shiba dijangka adalah untuk Pixel 8 dan Pixel 8 Pro. Kemudian ciri staggered HDR ini turut memerlukan sensor baharu, kerana tidak disokong pada ISOCELL GN1 yang digunakan pada Pixel 7. Ini mencadangkan yang Pixel 8 mungkin akan menggunakan sensor ISOCELL GN2.

Buat masa ini masih awal lagi untuk mengetahui butiran Google Pixel 8 dan Pixel 8 Pro. Sama-sama kita nantikan butiran lanjut mengenai ciri baharu ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami