Carian
Saintis Menemukan Petanda Ikan Lumba-Lumba Turut Menghidap Alzheimer
December 20, 2022 Effi Saharudin

Adakah penyakit Alzheimer yang dihidapi manusia? Ini adalah antara soalan yang ingin dijawab oleh ahli saintis dunia. Di Scotland, saintis dari University of Glasgow telah menemukan petanda mungkin ikan lumba-lumba turut menghidap penyakit yang selama ini hanya dipercayai dihidapi manusia.

Otak ikan lumba-lumba yang terdampar di Scotland telah dikaji oleh ahli saintis. Pada beberapa otak ikan lumba-lumba yang tua mereka menemukan plak protein amyloid, gumpalan protein tau dan gliosis yang merupakan sejenis kecederaan otak. Penemuan ini bermakna kerana ia juga ditemukan pada otak penghidap Alzheimer manusia.

Saintis kini mempunyai hipotesis insiden ikan lumba-lumba terdampar berlaku apabila ketua pod menghidap Alzheimer tersesat ketika berenang. Kesilapan ketika melakukan navigasi menyebabkan ikan lumba-lumba terdampar secara berkumpulan.

Kajian yang lebih terperinci akan dilakukan untuk melihat sama ada iklan lumba-lumba dengan kesan seakan Alzheimer turut mengalami penyusutan kognitif seperti manusia.

Komen