Oppo Kini Menjanjikan Kemaskini 4 Versi Android Dan 5 Tahun Tampalan Sekuriti

Diterbitkan pada Dis 20, 2022. oleh .

Oppo hari ini mengumumkan mereka akan turut menawarkan kemas kini empat versi Android dan tampalan sekuriti pula selama lima tahun bermula 2023. Sebelum ini hanya tiga versi Android dan tampalan sekuriti sehingga empat tahun sahaja diberikan.

Tetapi sokongan yang lebih baik ini hanya akan diberikan kepada peranti mercu sahaja terlebih dahulu seperti pada siri Find. Oppo mengikut langkah Samsung dan OnePlus yang turut memberikan komitmen yang sama. Perbezaan di sini ialah Samsung turut menawarkan sokongan empat versi Android dan lima tahun tampalan sekuriti ini pada beberapa peranti kelas pertengahan juga.

Ini adalah permulaan yang baik dan diharap Oppo akan mengikut jejak Samsung dalam masa terdekat. Selain itu Oppo turut mengatakan ColorOS 13 kini adalah sistem operasi yang paling pantas diberikan kemas kini oleh mereka dengan ia turut diterima pada lebih banyak peranti berbanding ColorOS 12.

komen


© Amanz / 2023 Kami