Carian
Sony Dan Honda Mengacah Akan Perlihatkan Kereta Yang Dibangunkan Bersama Pada CES 2023
December 21, 2022 Aman

CES 2023 bakal berlangsung pada awal Januari 2023 kelak, dan selari dengannya, beberapa jenama telah hadir dengan video serta gambar acah untuk produk  masing-masing.

Tidak ketinggalan juga adalah menariknya Sony dan juga Honda, yang dilihat akan memperlihatkan kereta yang dibangunkan bersama buat pertama kalinya.

Untuk makluman, Sony sebelum ini telah memperlihatkan kenderaan dibawah nama Sony Vision beberapa kali – tetapi ini akan menjadi CES pertama yang Sony dan Honda bersama bakal memperlihatkan kenderaan dan rekaan yang dibangunkan bersama, dibawah jenama Sony Honda Mobility.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 4 Januari 2023 ini untuk melihat kejutan yang disediakan oleh kedua-dua syarikat gergasi Jepun ini.

Komen