Carian
Aplikasi Apple TV Akan Tiba Ke Android Tidak Lama Lagi
December 21, 2022 Effi Saharudin

Perkhidmatan penstriman Apple TV+ dilancarkan tiga tahun yang lalu dan secara konsisten menawarkan semakin banyak kandungan asli yang menarik. Ia kini boleh digunakan pada Android TV, webOS dan Tizen selepas hanya boleh digunakan pada peranti Apple sahaja. Satu platform yang ia masih belum boleh digunakan ialah Android. Tetapi ini mungkin berubah dalam masa terdekat menerusi @ShrimApplePro semalam.

Menurut peniris maklumat in ini, aplikasi Apple TV untuk Android sedang menjalani proses ujian Beta dan akan dilancarkan tidak lama lagi. Menerusi aplikasi ini bukan sahaja kandungan Apple TV+ boleh distrim pada platform Android tetapi kandungan video lain seperti filem juga boleh dibeli oleh pengguna.

Dalam ciapan yang sama beliau turut berkata aplikasi Apple Music untuk Android juga akan dikemaskini oleh Apple. Apakah perubahan yang akan dilakukan masih belum diketahui. Apple perlu menyokong lebih banyak platform sekiranya mereka ingin memberikan persaingan kepada platform penstriman lain. Mereka kini jauh di belakang Netflix, Disney+ dan Amazon Prime.

Komen