Carian
Health Connect Akan Diintegrasikan Dalam Android 14 – Aplikasi Kawalan Data Kesihatan
December 21, 2022 Fahim Zahar

Dalam iOS ada dua aplikasi memantau kesihatan dan kecergasan yang lalai, iaitu Health dan Fitness. Health adalah hab setempat kawalan privasi dan data kecergasan dan kesihatan serta untuk melihat data-data terkumpul seperti tidur, imbasan nadi, ECG, jumlah langkah berjalan dan banyak lagi. Pada peranti Android, aplikasi seperti ini tidak wujud kecuali pada aplikasi pihak ketiga atau kebenaran sistem dalam Android.

Untuk Android 13, Google bekerjasama dengan Samsung untuk Health Connect iaitu ciri seakan Health pada iOS oleh Apple. Aplikasi ini diperlukan untuk aplikasi pihak ketiga seperti Fossil, Fitbit, Mobvoi mengumpul data kesihatan pengguna.

Akan datang, Google akan mengintegrasikan Health Connect terus ke dalam Android 14. Buat masa ini ciri ini hanya boleh digunakan pada peranti Android 13 dan mereka yang menggunakan jam tangan pintar Wear OS 3.0 sahaja. Dalam Android 13 QPR2 Beta 1, Google mula menyertakan Health Connect sebagai salah satu aplikasi sistem.

Komen