Carian
Twitter Memperlihatkan Perbezaan Antara Akaun Yang Disahkan
December 21, 2022 Fahim Zahar

Semalam, Twitter telah mengumumkan Twitter Blue for Business iaitu perkhidmatan langganan untuk pengesahan akaun perniagaan dan kakitangan. Akaun ini akan menggunakan avatar empat segi, mempunyai tanda calit emas dan kakitangan akan ada di sebelah nama bersama dengan logo Twitter berbentuk empat segi.

Hari ini Twitter memperlihatkan perbezaan antara akaun-akaun yang disahkan. Pertama sekali adalah pengesahan di bawah Twitter, di bawahnya mempunyai;

  • Tanda calit biru.
    • Terdapat dua, satu dengan langganan Twitter Blue dan satu lagi akaun pengesahan legasi. Harga langganan Twitter Blue adalah dari RM34.90 ke RM49.90 dan masih terhad di negara terpilih sahaja. Twitter juga tidak lagi menawarkan pengesahan akaun individu tanpa langganan.
  • Tanda calit emas dengan avatar empat segi.
    • Untuk akaun-akaun perniagaan, akaun akan mempunyai tanda calit emas sementara sub-akaun akan ada sekali logo Twitter empat segi. Untuk kakitangan kepada syarikat tadi, akaun mereka akan mempunyai tanda calit biru bersama ada logo Twitter empat segi. Ini adalah di bawah Twitter Blue for Business.
  • Tanda calit kelabu.
    • Mana-mana akaun agensi kerajaan seperti kementerian pendidikan dan sebagainya akan menggunakan tanda calit kelabu.
  • Label “Rasmi”.
    • Akaun-akaun yang telah disahkan dengan tanda calit biru, emas atau kelabu seperti akaun jenama besar, media, syarikat dan banyak lagi akan mempunyai label “Rasmi” atau “Official”.
  • Label agensi kerajaan dan media.
    • Akaun-akaun agensi kerajaan tadi bukan sahaja akan ada tanda calit kelabu dan label rasmi, tetapi turut ada label seperti “Organisasi kerajaan AS”. Manakala akaun media wakil negeri akan ada label seperti “Media kerajaan negeri Rusia”.
  • Label akaun bot “automated”.
    • Twitter masih membenarkan akaun-akaun bot aktif. Contoh yang banyak sekarang adalah akaun yang menciap keadaan cuaca. Akaun ini akan mempunyai label dikawal oleh siapa.

Kemudian adalah pengesahan sendiri untuk akaun profesional, di mana individu boleh pilih jenis akaun mereka adalah untuk apa. Misalnya akaun kedai kopi, akaun perniagaan, akaun orang tersohor dan banyak lagi.

Komen