Wiko Bakal Melancarkan Telefon Pintar 5G Dengan HarmonyOS

Diterbitkan pada Dis 21, 2022. oleh .

Kemaskini baharu Wiko mula mengacah kehadiran sebuah peranti pintar terkini. Melaluinya, mereka bakal memperkenalkan sebuah telefon pintar dengan keupayaan 5G terbina. Namun apa yang menariknya, ia kelak menggunakan sistem operasi kendiri Huawei iaitu HarmonyOS.

Menurut beberapa sumber, telefon pintar ini dikatakan serupa dengan Huawei Nova 9 SE 5G sebelum ini dengan sejumlah pembaharuan. Namun begitu, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan daripada pihak Wiko mahupun Huawei berhubung dakwaan tersebut setakat artikel ini ditulis.

Telefon pintar 5G Wiko ini bakal dilancarkan di China pada 27 Disember 2022. Cip Snapdragon 695 bakal digunakan sebagai tunjang utama, di samping sokongan kamera utama 108MP + 8MP + 2MP + 2MP. Bukan itu sahaja, storan dalaman 256GB dan bateri dengan pengecasan pantas 66W turut disertakan.

Sumber – Wiko Weibo & GSMArena

komen


© Amanz / 2023 Kami