Anak-Anak Kini Boleh Mohon Kepada Ibu Bapa Untuk Pembelian Di Play Store

Diterbitkan pada Dis 21, 2022. oleh .

Android sedia menyokong mod keluarga, di mana pengurus akaun seperti bapa, ibu atau abang boleh mengawal penggunaan peranti Android anak-anak atau adik masing-masing melalui Google Family Link. Mereka yang menggunakan ini turut boleh memantau aktiviti yang dilakukan pada peranti Android atau berkongsi kaedah pembayaran di Play Store.

Di Play Store, pengurus akaun boleh berkongsi kaedah pembayaran kepada kanak-kanak berusia 13 tahun ke bawah atau had usia mengikut negara. Ciri ini turut membolehkan pengurus akaun meluluskan atau menolak pembelian yang dilakukan.

Terkini, Google memperkenalkan Purchase Request pula untuk anak-anak memohon pembelian di Play Store. Jika ada aplikasi yang ingin di beli atau ingin melakukan pembelian dalam aplikasi, anak-anak perlu menekan Ask your parent dan turut boleh isikan mesej untuk menghantar permohonan. Ibu bapa kemudian akan menerima notifikasi permohonan pembelian dan boleh tekan Buy atay Deny.

komen


© Amanz / 2023 Kami