Cari @ Amanz

Windows 11 kini mempunyai sistem Android terus terbina melalui Windows Subsystem for Android (WSA). Buat masa ini pengguna di negara yang layak menggunakan ciri ini sudah pun dapat menikmati Android 12L untuk paparan skrin besar yang baik.

Terkini melalui laman Github, Microsoft dilihat sudah bersedia dengan Android 13. Mereka sudah mula memasukkan kod-kod Android 13 kepada binaan WSA yang terkini. Berikut adalah apa yang ditawarkan dalam kemaskini WSA Android 13;

  • WSA kini Android 13.
  • Menyokong ciri mematikan WSA secara automatik.
  • Prestasi memulakan WSA ditingkatkan sehingga 50%.
  • Klik pada tetikus lebih baik.
  • Penggunaan papan klik lebih stabil.
  • Mengubah saiz tetingkap aplikasi semakin lancar.
  • Menaiktaraf teknologi Intel bridge untuk Android 13.
  • Lebih pantas, lancar dan baik membuka fail-fail media.
  • dan banyak lagi.

Buat masa ini, hanya mereka di bawah Windows Subsystem for Android Preview sahaja dapat menguji WSA Android 13. Sistem Android pada Windows 11 ini menggunakan Amazon sebagai gudang aplikasi lalai dan bukannya Google Play Store. Jadi ia amat terhad dan tidak boleh digunakan di Malaysia secara rasmi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd