Lenovo IdeaCentre Mini Dilancarkan Bagi Mereka Yang Mencari PC Saiz Kompak
Effi Saharudin
Lenovo melancarkan IdeaCentre Mini dengan ia adalah sebuah PC bersaiz padat seakan sebuah Mac Mini. Komputer mempunyai kerangka saiz kecil berkapasiti 1 liter sahaja seberat 1.8 kilogram. Ia dilengkapi cip sehingga Intel Core-i7 Gen-12, grafik Intel Iris Xe, memori sehingga 16GB RAM DDR4, dan storan sehingga 1TB SSD Gen4.

Pilihan I/O pula ialah 3x USB 3.2 Gen2, 1x Type-C USB 3.2 Gen2, 1x Thunderbolt 4.0, 1x USB 2.0, 1x DP 1.4b, 1x HDMI 2.1, 1x LAN dan 1x bicu audio 3.5mm. Sokongan WiFi 6 dipadankan pula dengan bluetooth 5.0. IdeaCentre ditawarkan dengan sistem operasi Windows 11 Home atau Windows 11 Pro.

Akhir sekali komputer Lenovo IdeaCentre Mini dijual pada harga bermula $649.99 bermula Q2 2023. Ia akan diperlihatkan secara rasmi di acara CES 2022 bulan hadapan.
[sumber] Sumber – Lenovo [/sumber]