Lenovo Memperkenalkan Paparan Skrin Ultra-Lebar ThinkVision Dengan Resolusi Sehingga 4K

Diterbitkan pada Dis 21, 2022. oleh .

Lenovo tampil dengan sejumlah pengumuman mengenai peranti-peranti yang akan dilancarkan secara rasmi pada awal tahun hadapan, dan salah satu daripada peranti-peranti tersebut ialah siri paparan skrin ultra-lebar Lenovo ThinkVision.

Lenovo memperlihatkan dua model paparan skrin ultra-lebar, termasuklah Lenovo ThinkVision P32p-30 yang menggunakan paparan IPS dengan resolusi 4K, kadar segar semula 4K dan juga nilai kecerahan setinggi 350 nit.

Dari segi sokongan warna, paparan skrin ini boleh memaparkan 100 peratus gamut warna sRGB dan 95 peratus warna DCI-P3 tanpa masalah. Dari segi sokongan palam pula, paparan ini memperlihatkan sokongan untuk dua palam HDMI 2.0, satu palam DisplayPort 1.4, dua palam Thunderbolt 4, dua palam USB 3.2 Type-A dan satu palam RJ-45.

Lenovo ThinkVision P49w-30 pula ialah paparan skrin bersaiz 49 inci dengan resolusi 5120 x 1440 dan kadar segar semula 60FPS. Kebolehan paparan skrin ini untuk mengolah warna juga sedikit lebih tinggi dimana ia boleh memaparkan 98 peratus daripada gamut warna DCI-P3.

Dari segi sokongan palam pula, paparan lebih besar ini tampil dengan sokongan untuk dua palam HDMI 2.1, satu palam DisplayPort 1.4 dan empat palam USB 3.2 Type-A dan satu palam USB 3.2 Type-C dengan sokongan pengecasan 15W.

Satu penambahan pada paparan 49 inci ini ialah ia juga hadir dengan sistem pembesar suara terbina didalamnya.

Lenovo juga telah mengesahkan tarikh pelancaran paparan-paparan ini, dimana Lenovo ThinkVision P32p-30 akan dijual pada harga $999 bermula April 2023, manakala Lenovo ThinkVision P49w-30 akan dijual pada harga $1699 bermula bulan Jun 2023.

komen


© Amanz / 2023 Kami