Empat Aplikasi Penstriman Baru Diperkenalkan Untuk Pelanggan Astro Ulti Box

Diterbitkan pada Dis 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Astro baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka telah memperkenalkan empat perkhidmatan penstriman baru yang disokong pada peranti Astro Ulti Box bermula hari ini.

Perkhidmatan-perkhidmatan penstriman ini termasuklah iQiYi, TVBAnywhere+, beIN Sports CONNECT dan juga BBC Player. Dengan perkhidmatan-perkhidmatan penstriman ini, ia dijangka bahawa pelanggan Astro Ulti Box boleh menikmati lebih banyak kandungan sukan dan juga hiburan dari rantau Asia dengan mudah.

Pengguna hanya perlu mengemaskini Astro Ulti Box untuk mula menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan penstriman ini, dan kemaskini tersebut boleh dilakukan seawal hari ini.

Dalam pada itu, Astro turut mengumumkan bahawa mereka telah mengemaskini antaramuka Astro Box dan juga Astro Go untuk memudahkan dan mempercepatkan akses kepada pelbagai kandungan. Kini pengguna boleh mengakses senarai filem, siri televisyen dan senarai rancangan dengan lebih mudah.

Kemaskini untuk antaramuka baru ini juga sudah mula dikeluarkan pada hari ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami