Lenovo IdeaPad Flex 3i Menggunakan Siri CPU Intel-N Terbaru

Diterbitkan pada Dis 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lenovo juga terkenal dengan variasi komputer riba yang mempunyai fokus dan target pengguna tersendiri. Misalnya seperti siri Ideapad yang sering memfokuskan terhadap penggunaan harian dan kerja, yang mana kini telah dikemaskini dengan penawaran baharu.

Melaluinya, Lenovo IdeaPad Flex 3i diperkenalkan dengan beberapa pembaharuan pada harga mampu milik. Antaranya, skrin kini lebih besar dengan saiz 12.2-inci yang bernisbah aspek 16:10, dalam masa sama engsel disertakan boleh dipusing sehingga 360 darjah yang kemudiannya boleh digunakan sebagai sebuah tablet. Turut disertakan, sokongan kamera web dengan dua pilihan resolusi sama ada HD/FHD dengan pengatp fizikal serta kunci membisu audio yang boleh ditetapkan.

Peningkatan lain terletak pada sokongan CPU yang terdiri dengan CPU Interl Celeron N terbaru. Di samping, pilihan memori sehingga 8GB RAM dan storan terbina mencapai 128GB. Bateri pula diiklankan mampu bertahan mencapai 12 jam penggunaan, di samping turut memuatkan dua pembesar suara yang ditala oleh MaxxAudio.

Lain-lain spesifikasi termasuklah sokongan Bluetooth 5.2 dan Wi-Fi 6E. Pilihan I/O pula terdiri dengan port USB-A 2 x, satu USB-C, satu HDMI, slot kad MicroSD dan bicu audio 3.5mm. Ketersediaan adalah bermula Mei 2023 dengan harga permulaan $349.99 (~RM1552) sebuah.

komen


© Amanz / 2023 Kami