Spesifikasi OnePlus 11 Tertiris – Skrin AMOLED 120Hz, Memori 16GB RAM, Bateri 5000mAh
Amy Maizuraa
Telefon pintar mercu baharu OnePlus bakal diumumkan pada 7 Februari hadapan, di mana terdapat penambahbaikan menarik yang akan disertakan. Dikenali sebagai OnePlus 11, skor penanda arasnya juga telah tertiris lebih awal dan dipercayai paling tinggi setakat ini.

Mengulas lanjut, maklumat lebih menyeluruh mengenainya didapati telah tertiris menerusi TEENA. Ia menunjukkan OnePlus 11 dipercayai menggunakan skrin 6.7-inci LTPO AMOLED QHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Seterusnya cip Snapdragon 8 Gen 2 digunakan sebagai tunjang utama dengan pilihan memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman mencapai 512GB UFS 4.0.
Tetapan kamera utama pula terdiri dengan 50MP yang menggunakan sensor Sony IMX890 dan OIS. Ia kemudiannya diikuti dengan sensor ultra-lebar 48MP (Sony IMX581) dan sensor telefoto 32MP RGBW dengan kebolehan zum 2X. OnePlus juga bekerjasama dengan Hasselblad untuk kemampuan pada sistem kamera ini. Kamera swafoto pula sebesar 16MP.

Seterusnya, bateri berkapasiti 5,000mAh yang digunakan dipercayai menyokong sistem pengecasan pantas 100W, di samping keupayaan nirwayar yang tidak pula didedahkan kuasa outputnya. Lain-lain spesifikasi termasuklah sokongan bluetooth 5.3, pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos, port USB-C dan pengimbas cap jari di skrin.
[sumber] Sumber – Fonearena [/sumber]