Netflix Akan Mula Menyiarkan Kandungan Latihan Senaman Nike Bermula 30 Disember Ini

Diterbitkan pada Dis 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kita semua tahu yang Apple turut mementingkan kesihatan para pengguna mereka dengan penawaran produk seperti Apple Watch, aplikasi Health atau juga Apple Fitness+ yang menyertakan kandungan dan panduan, termasuk untuk meditasi, senaman, serta beberapa program senaman bersama beberapa atlet popular.

Apple nampaknya bakal mempunyai pesaing, iaitu Netflix. Bermula 30 Disember akan datang, Netflix akan mula menyiarkan kandungan latihan senaman dan juga yoga.

Kandungan ini semua adalah daripada Nike Training Club, yang mana akan menyertakan sejumlah episod rancangan senaman berjumlah 30 jam yang akan disiarkan secara berperingkat. Netflix turut akan menawarkan pelbagai sokongan bahasa dan kandungan ini boleh diakses oleh semua pelanggan tidak kira jenis pelan langganan.

Untuk peringkat pertama yang bermula pada 30 Disember ini, berikut adalah senarai kandungan yang boleh diakses;

  1. Kickstart Fitness with the Basics (13 episod) 
  2. Two Weeks to a Stronger Core (7 episod) 
  3. Fall in Love with Vinyasa Yoga (6 episod)  
  4. HIT & Strength with Tara (14 episod) 
  5. Feel-Good Fitness (6 episod) 

Kandungan lain akan disiarkan bermula tahun 2023 nanti. Tetapi berbeza dengan Apple Fitness+, di mana jika pengguna menggunakan Apple Watch dan memiliki Apple TV segala perjalanan senaman, kadar nadi dan kebolehan pengguna akan dipaparkan di dalam skrin.

Untuk Netflix, ia akan menjadi seakan anda bersenam mengikut panduan di TV. Jadi untuk mengumpulkan data anda perlu memiliki jam tangan pintar tersendiri. Memandangkan ini adalah di bawah Nike, tidak salah jika anda menggunakan aplikasi Nike Training Club pada jam Wear OS, Apple Watch atau lain-lain yang menyokongnya.

komen


© Amanz / 2023 Kami