Cari @ Amanz

Jualan kamera digital terjejas teruk sejak telefon pintar mula dilengkapi kamera. Kini kebanyakan pengguna berpuas hati dengan kamera telefon dan tidak lagi membeli kamera digital. Namun begitu minat kepada telefon filem meningkat semula akhir-akhir ini kerana gerakan pencinta fotografi analog. Ricoh minggu ini mengumumkan mereka akan kembali mengeluarkan kamera filem di bawah jenama Pentax.

Menurut Pentax kamera baharu ini akan menyasarkan peminat fotografi filem veteran dan jug generasi Z yang baru ini berjinak-jinak dengan teknologi yang sudahpun dianggap kuno semasa mereka baru dilahirkan. Selain kamera filem, Pentax akan memberikan juga sokongan untuk memproses, produksi dan bantuan pasca pembelian.

Pentax masih belum memberikan sebarang susur masa bilakah kamera filem baharu ini akan dilancarkan. Yang pasti ia adalah strategi yang berani melawan arus ketika industri kamera mengalami isu jualan kamera yang semakin merudum sehingga beberapa jenama berhenti mengeluarkan kamera kompak.

  • Sumber
Sumber – Ricoh [/sumber

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd