TGV Melancarkan Panggung Wayang Khusus Untuk Kanak-Kanak Di One Utama

Diterbitkan pada Dis 22, 2022. oleh .

Menonton wayang adalah sukar sekiranya anda mempunyai anak-anak kecil. Mereka enggan duduk diam dan ingin bermain-main di dalam panggung sehingga menimbulkan kemarahan penonton lain. Untuk golongan ibu bapa, Tanjung Golden Village telah melancarkan panggung baharu TGV Junior dengan kerjasama Mattel Continental Asia di One Utama.

Panggung yang diberi nama TGV Junior powered by Hot Wheels mempunyai tempat permainan seperti khemah dan gelongsor terbina. Selain boleh menonton filem yang ditayangkan, ibu bapa juga boleh mengakses City of Play yang merupakan kawasan permainan khas dengan permainan keluaran Mattel seperti Hot Wheels, Barbie, Thomas & Friends dan banyak lagi.

Panggung khas dan ruang permainan ini juga boleh disewakan kepada sesiapa sahaja yang ingin menggunakannya sebagai tempat melakukan sambutan hari jadi. Sempena musim cuti sekolah ini, panggung TGV Junior akan menayangkan filem Mechamato Movie, Puss In Boots: The Last Wish dan Lyle Lyle Crocodile.

komen


© Amanz / 2023 Kami