Carian
Syarikat Induk Shopee Menyasarkan Menghadapi Cabaran Ekonomi Pada 2023
December 22, 2022 Aman

Sea, syarikat induk disebalik Shopee kini mengambil beberapa langkah dalam pengurusan dalam menghadapi tahun 2023 yang dijangka lebih mencabar lagi.

Sebelum ini, Sea sedia membuang sekitar 7000 atau 10% tenaga kerja, disamping mengatakan pihak pengurusan teratas tidak akan mengambil gaji sehingga syarikat kembali menjana pendapatan.

Melalui laporan terbaru hari ini, ia dikatakan Sea akan membekukan kenaikkan gaji, selain membayar bonus rendah untuk tahun ini.

Dari segi penawaran platform sendiri, beberapa perubahan telah dilakukan dari segi penawaran kupon, selain caj terhadap penjual.

Dengan tahun 2023 menjelang tiba, ia dijangka akan memberikan lebih kesan terhadap ekonomi, yang mungkin secara tidak langsung memberikan kesan kepada semua syarikat, terutamanya syarikat berasaskan internet.

Komen