Carian
LastPass Mengatakan Penggodam Mengakses Simpanan Kata Laluan
December 23, 2022 Aman

LastPass merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan kemudahan untuk menguruskan kata laluan – dan pengguna boleh mengakses pelbagai perkhidmatan tanpa perlu mengingat keseluruhan kata laluan mereka untuk sesuatu perkhidmatan.

Apa pun, kini ia dilihat LastPass turut menjadi mangsa untuk penggodaman.

Melalui insiden yang berlaku pada Ogos 2022 lepas, pengodam dikatakan telah mengakses kepada kod sumber dan juga informasi teknikal pada ketika itu.

Kini, siasatan lanjutan turut memperlihatkan yang mana penggodam mempunyai akses kepada beberapa informasi berkaitan dengan para pengguna. Ia dikatakan penggodam turut mengakses kepada data kata laluan yang disulitkan.

LastPass mengatakan kata laluan pengguna telah disulitkan dan boleh dibuka dengan kata laluan utama pengguna sahaja. Walaubagaimanapun, LastPass turut memberikan amaran dan peringatan kepada pengguna supaya tidak terpedaya dengan sebarang penjenayah siber – memandangkan ia masih boleh di-brute force untuk teka kata laluan utama pengguna, dan mengakses pelbagai kata laluan dalam simpanan milik pengguna.

Selain kata laluan, data yang turut diakses penggodam adalah nama, alamat emel, nombor telefon, dan beberapa yang lain.

Bagi anda yang menggunakan LastPass, mungkin boleh mengambil maklum, dan mengubah kata laluan pelbagai perkhidmatan yang anda menggunakan LastPass.

Komen