Carian
Ini Adalah Senarai Pencipta Kandungan Paling Popular Di YouTube Malaysia Sepanjang 2022
December 23, 2022 Aman

Google hari ini telah berkongsi senarai pencipta kandungan paling popular di YouTube sepanjang tahun 2022. Menerajui senarai tahunan adalah Alieff Irfan, dan diikuti oleh Ammar Nazhan. Kedua-dua nama ini boleh dikatakan agak popular, dan menerajui senarai YouTube ini sejak sebelum ini.

Berikut merupakan senarai penuh pencipta kandungan paling popular di Malaysia sepanjang 2022 ini di YouTube:

  1. Alieff Irfan
  2. Ammar Nazhan
  3. Zhong
  4. AI Boyyraa
  5. NichLmao
  6. AI Aniq
  7. AI El Riss
  8. Nasya Official
  9. Willie Salim
  10. Ustaz Azhar Idrus Official

Disamping senarai 10 teratas ini, Google turut berkongsi senarai pencipta kandungan yang meningkat dengan drastik pada tahun 2022 ini.

Berikut merupakan senarai penuh pencipta kandungan “breakout” paling popular di Malayia.

  1. Lisa Nosra
  2. AI Isya
  3. AI Sulong
  4. AI Mimi
  5. AI Aiman Noah
  6. AI Afiq Jefri
  7. AI Fiera
  8. Fendymojo
  9. Waknat TV
  10. HaqiemStopa
Komen