Taman Slowpoke Akan Dibuka Di Jepun Tahun Depan

Diterbitkan pada Dis 24, 2022. oleh .

Pokemon ialah permainan video merangkap siri anime yang cukup popular. Selepas 25 tahun, Ash Ketchum akhirnya menjadi juara dunia baru-baru ini. Dalam siri Pokemon terdapat 1008 “raksasa poket” telah diumumkan setakat ini dalam pelbagai variasi. Tetapi antara yang paling dikenali ramai ialah Slowpoke.


Di Kagawa Jepun, Slowpoke Park akan dibuka pada April 2023. Taman mini ini akan dilengkapi pelbagai permainan kanak-kanak bertemakan Pokemon yang terkenal dengan kelembabannya. Kagawa menjadi banda tidak rasmi untuk Slowpoke kerana makanan udon berasal dari daerah ini. Nama Jepun untuk Slowpoke ialah Yudon yang hampir sama bunyinya dengan udon.

Bagi peminat Pokemon yang ingin pergi ke taman tema Pokemon sebenar, Pokémon Wonder telahpun dibuka di Inaki, Tokyo dengan keluasan 48,000 kaki persegi tahun ini. Dengan Jepun telah kembali menerima pelancong pasca pandemik, tahun 2023 mungkin tahun terbaik untuk pergi ke taman teman siri permainan video yang popular ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami